SELAMAT DATANG KE BLOG MPPK TERENGGANU - "GURU PENYAYANG MURID BERKUALITI"

22 April 2013

PEMBERITAHUAN


PERMOHONAN BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN ( BKP ) DAN BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI ( BKPU ) BAGI TAHUN 2013

Permohonan baru Biasiswa Kecil Persekutuan ( BKP ) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti ( BKPU ) bagi Tahun 2013 akan dibuka kepada sekolah mulai 29 April 2013 ini. Permohonan ini boleh dibuat kepada murid :-
1.   Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 - BKP
2.   Tingkatan 6 Atas                        - BKPU

Semua sekolah perlu mengakses Aplikasi Pengurusan Bantuan ( ABP ) melalui alamat inihttp://biasiswa.sekolahmalaysia.com/ bagi tujuan mengemaskini maklumat akademik dan ko-kurikulum murid yang layak memohon. Pembahagian zon untuk sekolah-sekolah mengakses APB adalah seperti berikut :-
1.   Zon A : 29 April - 05 Mei   (   Sabah, Sarawak, WP Labuan, Kelantan dan Terengganu )
2.   Zon B : 06 Mei - 12 Mei ( Selangor, Johor, Pahang, Melaka, WP Kuala Lumpur dan Sekolah Berasrama Penuh ( SBP ) )
3.   Zon C : 13 Mei - 19 Mei ( Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan )

Sehubungan itu, sila pastikan maklumat murid di dalam Aplikasi Pengurusan Data Murid ( APDM ) telah dikemaskini. Sebarang pertanyaan, sila hubungi JPN yang menyelia sekolah masing-masing ( kecuali SBP terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan).

Sumber - Portal Rasmi KPM