SELAMAT DATANG KE BLOG MPPK TERENGGANU - "GURU PENYAYANG MURID BERKUALITI"

03 Jun 2013

PEMBERITAHUAN

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu pihak PADU mengucapkan ribuan terima kasih kerana minat anda untuk menyertai kami.   PADU merupakan unit pengurusan penyampaian berorientasikan tindakan yang telah diamanahkan untuk memastikan visi dan aspirasi PPPM dapat direalisasikan. Pada masa ini, PADU sedang mencari pegawai yang berpengalaman dan berkemahiran untuk mengisi jawatan-jawatan di organisasi kami.  PADU terdiri  daripada 4 bahagian  utama iaitu i) pembelajaran murid ii) Guru dan Kepimpinan Sekolah, iii) Transformasi Kementerian; dan iv) Struktur Sistem.   Anda yang berjaya akan bertanggungjawab untuk memastikan semua inisiatif  di setiap bahagian dapat dilaksanakan bagi mencapai keberhasilan yang ditetapkan.
Sila muat turun borang permohonan PADU dan borang yang telah lengkap diisi , sila dikembalikan melalui emel ke alamat berikut padu.rekrut@moe.gov.my.Sekian terima kasih

Sila klik pautan berikut untuk maklumat selanjutnya

PADU Recruitment
Borang permohonan PADU

Sumber - Portal Rasmi KPM