SELAMAT DATANG KE BLOG MPPK TERENGGANU - "GURU PENYAYANG MURID BERKUALITI"

19 Mac 2013

Guru dari Amerika Syarikat perkukuh penguasaan BI


SEBANYAK 20 peserta yang terlibat dengan program Fulbright English Teaching Assistant (ETA) dari Amerika Syarikat mula ditempatkan di 20 buah sekolah di Terengganu bagi melaksanakan program ETA selama 10 bulan bermula Februari hingga November ini.
Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Gong Badak, Zarina Jusoh berkata, penempatan ETA di sekolahnya adalah untuk kali kedua bagi membantu meningkatkan tahap pengajaran bahasa Inggeris (BI) di kalangan pelajar.
"Saya yakin dan percaya dengan kehadiran guru ETA para pelajar akan lebih berkeyakinan dan bersemangat untuk bertutur serta berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sekali gus membantu pelajar menanam minat yang mendalam dalam usaha meningkatkan pencapaian dalam bahasa berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menerima lawatan guru ETA ke SMK Kompleks Gong Badak (SMKKGB) di Kuala Terengganu baru-baru ini.
Dalam lawatan itu, peserta ETA dibawa melawat ke bilik bahasa Inggeris, bilik muzik, pusat sumber, makmal sains dan ke beberapa kelas untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan pelajar.


Sumber - Utusan Melayu (M) Bhd